Sunday, April 15, 2012

Temuduga Diploma Seni Lukis dan Seni Reka..

PERHATIAN : Sila baca dari atas hingga noktah terakhir termasuk komen2. Kalau ada yang tak terjawab barulah beri komentar, ataupun sudi2kanlah add FB dan bertanya di situ sebab saya jarang buka blog. Dan untuk pengetahuan, artikel ini dua tahun lepas punya cerita...ok? Sekarang saya dah besar.


Temuduga, sepertinya bukan temuduga, sebaliknya lebih daripada temu dan bual...


malam sebelum hari kejadian

Dalam 600 orang yang dipanggil untuk ditemuduga di UiTM Shah Alam dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka, sesi 2012, mungkin setengah daripada mereka akan menceritakan pengalaman masing-masing di blog dan Facebook, dan Twitter, dan Myspace (ada lagi ke), termasuklah saya yang seorang ini.

8.30 am perlu ada di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam. Selepas menapak sahaja di tanah UiTM, saya sudah mengabaikan tetang masa, dalam erti kata lain, jam (telefon) aku dah tak tengok dah. Abang Ipar saya hanya menghantar sampai ke depan dewan dan selanjutnya biarkan saya berdikari sendiri. Lihat senarai nama dan angka giliran, kemudian dalam beberapa minit pintu dewan dibuka dan terus menuju ke kaunter (kaunter nak ambil beberapa helai kertas penting serta nombor) yang telah ditetapkan berdasarkan nombor giliran. 

Terlihat kelibat kawan (lama juga). Rahmat Razie. Dia bercita-cita ingin menjadi pereka fesyen yang terkenal seperti..


..ya seperti Hatta Dolmat, saya pernah juga melihatnya di televesyen. Tak tahulah apa keputusan temuduganya. Tapi di Facebook dia sudahpun "Studied at UiTM Seri Iskandar,Perak"

Selepas taklimat, ada sesi melukis. Meja disusun membentuk bulatan dan ditengahnya terdapat sebuah 'arca' mengandungi sebuah kerusi dan ditempat duduk ada sebuah kotak yang mana kerusi dan kotak dilingkari dengan kain pelekat. Jadi kami semua perlu melukis keadaan tersebut bertindakkan tone, perspektif dan rialiti mengikut posisi kedudukan masing-masing dalam masa satu jam. Dan aku masih lagi mengabaikan waktu. Tapi satu jam itu agak lama.

Selesai sudah, kami dipindahkan ke dewan sebelah untuk sesi temu duga ( baca : T.E.M.U.B.U.A.L). Dalam dewan itu dibahagikan beberapa kaunter (entah apa nak panggil) Kaunter A hingga L (kalau tak silap). Aku kaunter G (kalau tak silap). Dan giliran aku yang ke 8 dari 11 orang (kalau tak silap). Dengar keresahan mereka selepas ditemu bual. "Siapakah perdana menteri Malaysia yang ke empat"..namun itupun masih ada yang terkesima dengan soalan tersebut. (Jawap je lah Abdul Khaliq Az-Zahi.)
Sampai giliran saya, aku menuju ke meja panel. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Sampai di depan mereka saya hanya senyum pembuka bicara. Keluarkan segala dokumen yang diperlukan dan jangan lupa buku lukisan saya beserta lukisan yang telah saya buat tadi. 

Soalan pertama panel perempuan: "siapa artis yang terkenal di Malaysia". Saya terkejut sekejap, soalan apakah ini, tapi tak mustahil dia akan mengajukan soalan yang pelik-pelik, macam Perdana Menteri keempat tadi. Jadi aku meyakinkan apa yang mereka soal. dengan selamba aku jawap "Syaheizy Sam". mereka melopong kejap, lepas tu mereka gelak macam sesuatu yang lawak aku telah lakukan. (Memang perangai aku pun membuatkan orang gelak walaupun aku sendiri tak terniat nak buat lawak). Saya pandang sekeliling, lepas itu saya lihat mereka kembali, masih gelak. Jadi untuk selaraskan dengan itu akupun ikut gelak. 
"Bukan tu yang aku cakap, aku cakap pasal artist in art"...hahaha..akupun jawap seperti yang aku dah setkan dalam kepala hotak aku dari malam tadi..
"Redza Piyadasa, kelahiran Kuantan...bla..bla..bla...kebanyakkan lukisan dia tentang patriotisme, dan saya meminatinya selaras dengan jiwa saya seperti lukisannya yang bertajuk Haji's Family...bla..bla"

Kamudian dia tengok kepada satu borang yang tertera gred peperiksaan SPM..."OA?, kosong tu apa benda" Lepas tu aku cakap la kosong tu A+, nak sedap lagi aku cakap cemerlang tertinggi. Owwww, mereka berFedlot sekejap. Sebelum aku ni tak de orang ke yang dapat A+ BM..
Panel lelaki tengok lukisan yang saya lukis tadi, sekadar mengangguk. kemudian dia bari kepada panel perempuan. Pun begitu.. Awak punya lukisan dah ok dah, awak dah ada kemahiran...cuma BI awak ni awak tingkatkan lagi...bla...bla...bla....

Akhir perbualan...
"Kalau saya letakkan awak kat........boleh tak"
"Ha?!, tak de tempat lain ke?"
"Mana ada dah. nak ke tak nak, kalau tak nak saya cancelkan saja awak"


dalam keadaan itu aku dah terfikir...internet macamana, kawan macamana, mak macamana...dan beberapa persoalan lain yang timbul.


Status update seusai temuduga. Aku tahu mereka menduga.


"Saya boleh melukis n sketching cik, tapi kalau mewarna tu not so well"


90 comments:

  1. abg , sy ade apply seni lukis& seni reka , tp sy xde portfolio utk temuduga nti ..so abg rase sy ni bleh ker masuk fakulti art ? klu lukis n sketch tu sy boleh , klu mewarna je hancur ..hahah sy org srwk , tp tinggal kt sabah skrg ..so, sy nak tau , kt uitm kuching tu ade brape program je dlm fakulti art tu ?

    ReplyDelete
  2. Maaf lambat balas, sibuk study, tapi x tahu samada kita ni sebaya atau x. kalau kamu terbaca komen ni lg, bagus la, skrang pun sy x tahu kamu buat apa.

    Kalau next year ada interview art&design, bawak ape yg disuruh je. Saya pun sama juga, mewarna pun x hebat, pandai lukis saja,tapi saya pandai berkomunikasi(pandai bodek) kamu juga kena pandai berkomunikasi, pastu tahu juga pasal seni, siapa artis seni. jangan lupa bawa hasil seni sua. Tp kamu ambil sabjek seni kan? kalau x ambil rasayna x boleh, kalo boleh pun payah sket nk dapat pg tmuduga.

    Kat kuching rasanya ada grafik design and digital media dgn fine art. Tapi saya dapat di Uitm Perak, di sini ada fesyen,seramik, fineart, ftgrafi, grafik...

    Nanti dia yg tentukan sama ada kita dapat fineart, grafik, dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. nk tanya soalan apa ja yg ditanya masa waktu temuduga? BM. BI

      Delete
  3. SABTU NI ADA INTERVIEW KAT UITM SERI ISKANDAR UNTUK SEm 2..tapi choose pilihan ni sebab minat fotografi?acano tu

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum w.b.t. Sya juga dipanggil utk temu duga diploma seni lukis&seni reka pd hari sabtu(15/9/12). Kirenya utk sem 2. Sekrng sya bljr di Form6. Ambik pure sc(bio,math t,kimia,p.am). Sya rsa bsyukur sngt dgn apa yg sya dpat sekrng. Dua-dua bdang(seni lukis&perubatan) sya minat. Jdinya sya cdg utk teruskn F6 dl pastu terus buat Ijazah sama ada dlm seni lukis@perubatan(mengikut pd kesesuaian pointer yg sya dpat). InsyaAllah sya nk smbung jd pensyarah plak lpas dpat ijazah :') Hnya bkongsi pandangan..apa pdapat encik blog? TQ~

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM, akzimar-az zahi,
    Pada Sabtu ini ada INTERVIEW SENI LUKIS & SENI REKA di Uitm Shah Alam utk SEM 2, Soalan saya, saya pilih AD sebab sgt brminat GRAPHIC DESIGN, tp fakulti masih AD110 mcm mne tu yup? Dan adakah soalan interview akan ditanya didalam Bahasa Inggeris juga? hrp reply okey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam w.b.t. Saudari eika,sme la dgn org. Org pun dpat yg AD110. Kt UITM Shah Alam jgak. U memg nk gi interview tu ke :')

      Delete
  6. Sory100x tak dpt balas, sbb tk bukak blog, camana kamu sume, ok ke..ingatkan x de yg nk balas..maaf banyak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik blog :') sya dh gi interview kelmarin. Tbaikla HAHA.

      Delete
  7. ASSALAMUALAIKUM! thanks for sharing this simple yet honest and humble story, tambah dgn background music dia, mmg agak sebak ah baca. lol. saya pon plan nak amek seni lukis ni semua. ni baru je smlm dpt result spm. but most of my friends around me mcm x galakkan je aku ikut course nih. agak sedih lah.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, ahah, masa depan anda, keputusan di tangan anda, kawan2 hanya beri pendapat. Tapi kalau ada kemahiran dalam seni, sepatutnya masuk je la. Dekat U bukan semua org berbakat, nnti kt U baru diajar. semua bermula dari bawah. Kalau nk cakap ko ni bukan aliran or ambil subjek seni, kawan2 aku ada yg dari aliran scince, langsung tak ada pengalaman dlm seni. Yang membezakan sekarang ni ialah, KEMAHUAN dan USAHA kita. ada yg pandai lukis, tapi tk de usaha dan tk minat, mudah mengalah..akhirnya kecundang jugak.ok? ok..tak kiralah apapun course, pilih UiTM..

      Delete
  8. Assalammualaikum, saya nie juga baru je dpt result spm beberapa hari yg lalu. so, skrg nie saya plan nak amek jurusan seni lukis nie sbb saya berminat hendak jadi graphic designer.tp problemnya skrg, first saya budak stream science and ade beberapa blog yg saya baca yg jurusan ni x menjamin mase depan krn peluang pekejaannya sikit.dan ramai yg kata kerja nie stress dan lebih susah lg apabila kena bersaing dgn kaum cina. jadi, apa pendapat tuan blog? boleh membantu untuk menyelesaikan masalah saya nie? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, sebenarnya tak jadi masalah aliran sains atau tidak, yg penting temuduga Art and Design shj. Kalau dpt, dapatlah. kalau tk bukan rezeki. apa yang dikatakan betul, memang banyak saingan. peluang pekerjaan juga terhad. TAPI, satu sahaja yg sya boleh cakap, rezeki tu datang dari mana-mana shaja dan tuhan yg tentukan, kalau yakin course ini boleh menjamin masa depan, teruskan. kalau tidak, tak perlu ambil. Kita belajar utk timba pengetahuan bukan rebut pointer atau jaminan pekerjaan. Dari apa yg kita peroleh hasil pembelajaran kita boleh mencipta pekerjaan sendiri. Mmg hakikat kita perlu bersaing. itulah cabaran kita dn bangsa kita...Kalau rasa mahu, teruskan. Keyakinan itu perlu..

      Delete
  9. asalamualaikum,, sye baru2 nie dapat panggilan temuduga uitm kota kinabalu bagian diploma seni lukis dan senireka.. tapi adakah saya akan di letak kan di uitm K.K atau uitm lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut keadaan..kadang dk tentu...mungkin juga nnti kena hantar ke kelantan or perak...sebab ia ikut pada course yg kita dapat. tp selalunya dia bagi dekat2 je, lagi2 yg duduk Sabah&Sarawak, jarang dapat semenanjung . nnti temuduga pandai2 la bodek.. :D

      Delete
  10. assalamualaikum, nak tanya. lukis ''arca'' tu means die ltak sesuatu benda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. nanti mereka akan susun objek2, lepas tu kita kena lukis la.

      Delete
  11. assalamualaikum nak tanya seni lukis dan seni reka ada kaitan dengan automotive design ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni saya tk pernah dengar pulak...tk pasti samada ada kaitan atau tidak.

      Delete
  12. seni lukis dan seni reka dia berkaitan pasal apa? saya kurang faham la...tolong jelaskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkaitan seni..seni lukis dan seni reka tu fakulti (fakulti FSSR) atau org panggil AD. dalm fakulti ni ada beberapa department seperti Seni Halus, seramik, grafik, fotografi, tekstil dn beberapa lagi.department ni la org panggil course.

      Delete
  13. art and design nie dia berkaitan dengan industri design jugak ke or lain bidang...

    ReplyDelete
  14. Assalammualikum,
    nak tanya..soalan yg deorg kasi tu semua dalam B.I ker? *BI sya ayt tggang tbalik..tp bolh lah ckp BI.. -.-
    sya tak mahir sgt mwrna tp sketch sya mahir boleh ke dpt dlm course fine art? *kena temuduga 28/4 kat uitm merbok..takut! mcm xda cnfident... :\

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya campur....tak mahir mewarna tk jadi masalah, saya pun dulu tk mahir mewarna..bawa semua awk punya kerja seni. dan pastikan ayat awak boleh meyakinkan mereka.

      Delete
  15. nak tanya hasil kerja seni saya ada kat sekolah lama...tapi kalau saya hantar lukisan yang saya buat sendiri dekat rumah boleh ke bawak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg awak buat tk kira la kat sekolah ke, buat sendiri ke..bawak je semua yg ada..

      Delete
  16. assalammualaikum, sy nak tny . sy ada apply program dip seni lukis & seni reka ni, tapi sy taktahu mcm mana nak check untuk temuduga tu.. sy dah cuba mencari tapi tak jumpa.. boleh tlg :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cek kt laman web uitm, selalu keluar seminggu awal..tp dh lupa link laman web tu...

      Delete
  17. Asslamualaikum..nak tahu antara AD dan AD grafik, mana lebih meluas skop dan mana yang lebih cerah peluang pekerjaan...?

    ReplyDelete
  18. asalamualaikum .. saya memang minat sangat2 dengan seni .. tapi saya takda kemahiran seni .. maksud saya , saya takda belajar tentang garisan , kontra semua la pasal seni .. tapi saya mungkin ada temuduga bulan 10 nie .. rasa gementar sangat .. tapi apa patut saya kata masa temuduga nanti ?? memang saya harapkan temuduga nie saja ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. asas tu akan diajar nti jgn risau, ckp je mmg minat nk belajar seni. klau ada artwork bwak la sekali

      Delete
  19. salam . saya minat seni dr sk rendh . tapi sejak masok skola menengah dan asrama pulak tu . masa saya ke arah seni kurang . tp kdg de pertandingan poster sy masok then dpt tempat ke 2 . ntah cmne menang xtau la . sy de isi uitm intake 2 first choice seni lukis nie . tp bila temuduga jd takot plak . xpernh pegi temuduga :( cmne ni ??

    ReplyDelete
  20. salam..nak tanye..interview tu dia tanye dlm bhs melayu or english ? sy pun mungkin ade interview seni lukis utk 2nd intake .. :)

    ReplyDelete
  21. ALHAMDULILLAH . sy daa jadi dak AD116 . final exam daa tggal bbrpe mnggu lagi . doakan sy yee :)

    ReplyDelete
  22. salam. entry & comment dkt blog ni banyak membantu. tq tuan blog. saya ada interview 2nd intake utk seni lukis & seni reka pd 21/9/13 ni dkt shah alam :) sedikit gementar sbb dh lama tak melukis. info & pengalaman yg dikongsi kat sini sedikit sebanyak mengurangkan rasa gementar. sekali lg, terima kasih. doakan saya lulus ujian temuduga nnt :)

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. salam. course ni susah tak nak bawak?

    ReplyDelete
  25. saya grad AD13..belajar sem 1 drawing ar,painting masuk department keja logam ,buat semua produk logam.gedebak gedebuk belajor dlm bidang art and design..lepas belajar /GRAD terima IJAZAH SARJANA MUDA LOGAM HALUS ..gedebak gedebuk keja macam2..sampai penah keja kat ROYALMINT(bank negara) lepas tu rezeki masuk pulapol dan training dan sekerang bekerja sebagai seorang PEGAWAI KANAN POLIS...tq UiTM n FSSR..

    ReplyDelete
  26. Salam! saya student degree Art n Design (dept.graphic) from puncak alam! Nice to meet you fellow warga AD! :D

    xeonixad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..abg..susah tak art n design ??

      Delete
  27. assalamualaikum..adik nk tanya abg niey..lepas kuar dari fakulti seni lukis n seni reka(seni grafik) kerja apa ek ? yg kerajaan selain guru ! tolong reply !! huhu

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum..nak tnye ..saya bru lpz habis SPM ..sy nk smbg seni lukis dan seni reka dkt UITM n pilihan bg deparment tu dorg pilih kan atau kita sdiri pilih ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, kita akan isi borang utk kita pilih department yg kita nak...tapi kalau macam tak sesuai utk kia, diorg yg akan tentukan...ok?

      Delete
    2. ok...nnti pmulaa kita just belajar basic dulu kan?

      Delete
  29. Salam, interview tu mmg dlm bahasa melayu ke? Saya stay Kota Bharu so mesti kalau sya dpt offer dlm art and desigb dia akan pergi ke UiTM terdekat kan? Saya pun ambil subjek grafik and seni for spm sbb saya mmg minat dlm grafik ni. And dua2 subjek tu dapat A. Agak2 lagi mudah tak nak dpt Uitm ni? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, Ikut yg menginterview tu la, nak guna bahasa apa. dapat uitm terdekat tu tak pasti, ikut nasib. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat la UiTM.

      Delete
    2. Terima atas maklum balas bro. Saya dah dpt panggilan temuduga sabtu ni di UiTM Machang. InsyaAllah saya boleh buat. :)

      Delete
  30. Asaalamualaikum..nak tnye skit..soalan temu"Bual" memang mcm tuh ea?? I mean..diorng mmng tnye about art jelah? soalan diorng susah2 tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut selera diorang lah nak tanya apa. kadang2 cakap itu, cakap ini. Ia bukan soal seni sahaja, ia juga berkaitan tentang apa yg patut ada sebagai seorang mahasiwa. Moral, atitut, pemikiran dll.

      Delete
    2. okayyy.. tapi jika kite gagal mjawap soalan mereka atau tak boleh mlaksanakan dengan baik..dikira kite kena cancel terus kea ?

      Delete
    3. tengok pula pada lukisan kita yang telah dibuat sebelum tu. kalau ada hasil kerja di sekolah sebelum ni, bawalah sekali, mereka nilai dari situ juga.

      Delete
  31. salam.. nak tanya,kalau kita x dapat panggilan temuduga nak buat mcm mne ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..rasanya kena tnggu panggilan seterusnya pula lah..

      Delete
  32. assalamualaikum, tumpang tanya, saya dapat interview for this course. sabtu ni dekat shah alam. tapi saya berbelah bahagi nak pergi or tak sbb saya bdk aliran sc.saya xdela terdedah sgt dgn artis2 art ni. yg saya tahu saya minat melukis menconteng and most important bermain dgn color.so, rasa-rasanya la kan, peluang utk saya dpt masuk course ni ade ke? seriously takut nak di interview sbb tak pernah kena. heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut tu biasa la. tak jadi masalah kalau tak mahir. Sebab tu namanya belajar. kalau dah tahu dan mahir, buat apa belajar. Ada je kawan saya daripd aliran sains, boleh je bawak course ni sampai sekarang. ang penting yakin.

      Delete
  33. Assalamualaikum abg..sya pun dpt pnggilan temuduga seni lukis n seni reka. . .msalahnya skrg, saya x berapa reti melukis tapi sya mnat . . .n klau x bawa lukisan kita dari rumah xpe x ye?? mohon penjelasan..trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok bawalah hasil kerja kita dari rumah...nampaklah kau tu bersungguh2...tak reti melukis tu bukan masalah, yg penting usaha.

      Delete
    2. ok, tq atas nasihat yg diberi bro.. :)

      Delete
  34. Hohoho sabtu ni interview.. Wish me luck! Takut pulak huhhu ><

    ReplyDelete
  35. assalammualaikum. sabtu ni saya dpt temu duga. nk tanya . mcm mne die buat ujian buta warna tu? lepastu kita mintak course kat die kan? saya minat fesyen mcm rahmat razie haha act he my senior hahaha . interview tu kalau die tanya bi kita jawab bm bi bole? bi ni saya x beberapa power. mintak pendapat admin blog :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujian buta warna macam ambil lesen..senang je...nanti ada borang isi la apa yang nak..kalau nak fesyen letak la nombor 1. bab bahasa tu tak tau la, usahakanlah, lgipun bukan sosah sgt soalan.

      Delete
    2. nk ambik maklumat pasal artist malaysia kt mne? sbb banyak sgt n banyak keluar gamba artis glemor je. "google"

      Delete
    3. tulis je artis seni lukis Malaysia/pereka fesyen Malaysia..done

      Delete
  36. Saya x ambil seni time spm tpi ambil kos fesyen.. then sya pun dpt temuduga sbtu ni... xsangka pula kos ni kena inteview... gementar rasa...apa agknya soaln yg akn dituju pd sy..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah, rasanya mereka akan cakap kenapa nak ambil course ni? atau mereka akan tanya awak yakin ke boleh ambil course ni?...tak tau la.

      Delete
    2. so admin lepas x interview tu??

      Delete
    3. Kalau tak lepas, buat pe belajar sampai last semester sekarang nih. hehe

      Delete
  37. assalammualaikum..
    ahad nie sy ad temuduga bg seni lukis & seni reka... sy minat seni nie tp lukisan sy xdela sebagos mna...dkt skola dlu sy aliran akaun tp ada seni ... rasa mcm 50/50 plak bla dpt temuduga ni ...skrng pun sy tgh kja part time.. xthu lg bole pegi ke tak...admin gementar x msa temuduga tu? kalau admin gementr admin bt ap? bnda pling merisaukn sy msa temuduga tu kna ckp bi ke bm? bi sy xdela power.. grammar terabur hbis..hihi...sbelom temuduga tu kna prepare ap2 lg x? psal yg artist art semua tu kne thu ke? ap lg kne thu? art work smua kna? hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, gementar tu mmg la. tpi sampai sana bila dah ada kawan bawaklah berborak utk hilangkannya. Ayat berterabur takpe, yg penting yakin. baca2 sikit pasal kenegaraan, siapa nama PM kita, rukunegara ke.. tak tau la dia akan tanya apa..

      Delete
    2. hmm ...ok thanks sbb eply n bg tips :)

      Delete
  38. assalamualaikum ....
    sye ada temu duga uitm seni ... sye pilih course ni berdsrkan minat dan bakat tpi sye x pernh amik seni time sklh dulu sye dri aliran agama so sye x thu nk buat apa ?nk bwk apa?and apa2 pon tntg seni adakh sye akn direject ... mohon penjelasan dri admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, tak ada masalahpun kalau x ambil seni. Pasal kena reject tu tak tahulah. Mengapa perlu direject kalau kita layak dan pass temuduga? Utk pengetahuan, saya pun sekolah agama dulu, ok je.

      Delete
    2. Terima kasih ... Pray for me past the interview

      Delete
  39. salam, reka bentuk dalaman ni mmg fully kena panndai lukis ke ? mcm saya kos akaun dari teknik tapi mmg minat pasal interior designer nie.. esok ceritannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok ada dua interview, interior design dan art and design..saya tak ambil ID dan saya xtau pasal interrior design..tapi apa yg saya tahu mmg kena pandai lah..

      Delete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. salam, saya esuk temuduga senilukis dan senireka dekat uitm shah alam. apa yang patot dibawa? memang kene bawa hasil lukisan kita sendiri ke? saya nak amik bahagia graphic design.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum. Ada beberapa soalan nak ditanya kepada admin, saya sekarang ni dalam dilema samada nak pilih AD111 (Seni Media Grafik dan Digital) atau AD118 (Seni Halus). Saya minat sesangat melukis, saya nak jadi macam pelukis-pelukis komik kat Malaysia nih. Bagi admin, yang mana paling sepadan dengan minat saya? Apa perbezaan antara dua-dua course ni? Kalau Seni Halus kita akan belajar reliasm je ke? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda dh pergi interview ke belum? Elok ambil grafik. Bezanya grafik lebih menggunakan komputer, fine art lebih kepada bengkel. Fine art tk semestinya belajar realism je. Kalau nak jadi pelukis komik belajar sendiri pun boleh. Kawan saya pelukis komik tapi dia ambil FineArt.

      Delete
    2. Terima kasih atas maklum balas admin. Saya belum pergi temu duga.. Planning nak apply untuk sesi pengambilan kedua pada bulan Julai nanti. Kalau grafik ni.. kita tetap akan belajar melukis ke? Atau pun lebih tertumpu kepada multimedia di komputer? Saya dalam dilema sebab kalau seni halus, at least saya tahu ianya akan berfokuskan pada lukisan sepenuhnya.

      Or to get it straight, seni halus hanya berfokuskan lukisan tradisional dan grafik tertumpu kepada lukisan digital?

      Delete
    3. Saya tak ambil grafik, jadi nak cakap pun tk sure. Tapi ia lebih kepada komputer la. Belajar melukis mesti ada tp tidaklah sedalam belajar melukis course fineart. Seni halus bukan shj belajar melukis, ada sculpture, printmaking, painting. Fine art belajar seni tradisi, n grafik seni digital

      Delete
  43. assalamualaikum........
    nak tanya...
    klaw art dan desine susah x??
    pastu masa intivieu kan.... ada kena lukis2 ka???
    susah x masa intivieu tu....

    ReplyDelete
  44. Bleh jadi pereka(designer) di sektor kerajaan gred 41

    ReplyDelete
  45. saya pon bekas student uitm art and design jugak...baru je abih..kos nie memang best( pada yang minat lah...) masuk kelas pon x stress. baju pon x perlu pakai kemas kemas...buku pon jarang belek once dah part 5 n 6 tu...happy je..tapi kena tahan telinga skit lah klu dapat lecturer mulut laser n suke leter,,,but they are very helpful...and funny too..saya course textile...main kaler batik...saya x pandai lukis pon...tah cane tersesat masuk course nieh...ha2

    ReplyDelete
  46. saya terpilih untuk menghadiri temuduga bagi pengambilan kedua 2014/2015 pada 20september 2014 ni di kampus seri iskandar. sy nak mntak sedikit tips daripada abang abang n kakak kakak yang berlajar di fakulti ni semasa bertemuduga nanti.. boleh ad wechat sy kalau berbesar hati untuk berkongsi pengalaman pendapat dan cadangan. Id:sharizalshafiq

    ReplyDelete